
YANG BERTAKWA PASTI BERJAYA
Karya Ustaz Fazrul Ismail
KIASAN TUHAN DALAM AL-QURAN
Karya Dr Muhammad Arif
Ketahui Sejarah di Sebalik Pergelutan di Palestin
Masih ramai yang tak tahu apakah sejarah di sebaliknya tragedi yang berlaku di Palestin sehingga hari ini.
Buku nukilan Penganalisis Sejarah, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor tentunya dapat membantu kita lebih tahu dan memahami tentang apa yang berlaku di Palestin.
______
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME ini akan diterbitkan sebanyak 30 juzuk, yang mana setiap juzuk mempunyai sebanyak 230 hingga 300 halaman.
Nota ini juga merangkumi:
- Satu buku, satu juzuk
- Nota pilihan daripada penonton
- Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
- Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
- Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca.
_________________________________________________________________________________
30 TEKNIK TEPAT TADABBUR AL-QURAN
Sinopsis:
Naskhah ringkas ini menjelaskan teknik-teknik sebenar untuk mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Ia membantu dalam usaha untuk pemahaman dan pengamalan al-Quran itu sendiri. Seterusnya dapat menghubungkan hati dengan kalam Tuhan dan berinteraksi dengannya.
Bonus: 11 Contoh Israiliyyat Dan Kisah Palsu
KUNCI TADABBUR AL-QURAN
MENJAGA ETIKA TILAWAH: Bersuci, membaca isti’azah dan basmalah serta mengosongkan hati daripada hal-hal lain.
KEPERCAYAAN YANG MUTLAK: Meyakini setiap nas al-Quran dan menundukkan perkara yang berbeza daripada kandungannya.
MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN: Menguasai dasar-dasar atau asas-asas ilmu tafsir untuk memahami penjelasan ayat.
MENELITI ASPEK REALITI AYAT: Menjadikan ayat al-Quran sebagai titik tolak bagi solusi kehidupan.
MENGAMATI SECARA TERPERINCI: Melihat rangkaian ayat, susunan dan lafaz-lafaz yang memerlukan perincian yang tepat.
________________________________________________________
13 KAUM YANG BINASA
SEKSAAN terhadap kaum yang ingkar menunjukkan sifat ADIL Allah SWT kepada setiap hamba. Sudah pasti perbuatan baik akan dibalas baik. Yang buruk, dibalas buruk.
Begitulah yang terjadi kepada 13 kaum yang telah dimusnahkan. Jejak tinggalan mereka suatu masa dahulu tidak pernah terhapus, malah sentiasa menjadi sebutan oleh tamadun manusia sehingga ke hari ini.
Angin kencang, ditenggelam lautan, ditelan bumi dan diterbalikkan bumi, merupakan antara azab yang turunkan buat mereka yang ingkar. Akhirnya, 13 kaum ini dighaibkan dari bumi dengan hanya sekelip mata.
13 Kaum yang telah dilenyapkan daripada muka bumi ini ialah:
1) Kaum Nabi Nuh
2) Kaum Hud
3) Kaum Nabi Soleh
4) Kaum Nabi Lut
5) Penduduk Madyan
6) Ashabul Aykah
7) Ashabul Rass
8) Ashabul Qaryah
9) Ashabul Sabtu
10) Ashabu Tubba’
11) Firaun
12) Qarun
13) Abrahah dan Tentera bergajah
__________________________________
Jika ada pertanyaan, hubungi: Ustazah Nik Fatma