Alhamdulillah, selepas sambutan yang sangat baik untuk siri pertama Borak Sirah, kami kembali dengan siri kedua yang lebih istimewa.
Bersempena dengan kedatangan tahun baru Hijrah 1448H, marilah kita mengambil peluang untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik dengan menelusuri bimbingan Rasulullah SAW berkaitan wanita melalui hadis-hadis dan kisah-kisah yang penuh hikmah.
Program ini diinspirasikan daripada buku Nabi Bercerita tentang Perempuan karya Ustaz Addien Abdul Kadir. Namun, sesi ini bukan sekadar mengulangi isi kandungan buku.
Ustaz Addien akan turut berkongsi pelbagai huraian, kisah, ulasan dan pengajaran tambahan yang tidak dimuatkan dalam buku, menjadikan sesi ini lebih eksklusif dan bermanfaat buat para peserta.
Maklumat program:
Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
Platform: Zoom & YouTube (Rakaman disediakan)
Yuran Penyertaan: RM29 sahaja
Penyampai: Ustaz Addien Abdul Kadir (Pengasas Simply Sirah)
Moderator: Ustazah Nik Fatma Amirah Nik Muhamad (Pengasas Mutiara Tadabbur)
Antara yang akan dibincangkan:
- Bagaimana Rasulullah SAW berbicara tentang wanita
- Sifat-sifat wanita yang dipuji oleh Baginda SAW
- Nasihat dan peringatan Nabi SAW berkaitan wanita
- Pengajaran untuk lelaki dan wanita berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW
- Perkongsian eksklusif yang tidak terdapat dalam buku
- Sesi soal jawab bersama penyampai

Tahun baru, semangat baru, ilmu baru.
Ayuh mulakan langkah hijrah kita dengan menambah kefahaman terhadap panduan Rasulullah SAW dan mengambil ibrah daripada kisah-kisah yang Baginda SAW sampaikan.
Daftar sekarang.